awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudan: Lebih 40 dilaporkan maut dalam insiden serangan di kem pelarian

Bernama
Bernama
12/08/2025
20:45 MYT
Sudan: Lebih 40 dilaporkan maut dalam insiden serangan di kem pelarian
Sudah ramai yang terkorban akibat serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan sepanjang konflik berlangsung. - Gambar AP
OMDURMAN (Sudan): Lebih 40 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan ke atas sebuah kem pelarian di wilayah Darfur Utara, menurut kumpulan hak asasi manusia tempatan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Tentera Sudan menyifatkan serangan itu sebagai serangan berskala besar yang dilancarkan dari pelbagai arah, yang akhirnya berjaya dipatahkan.
Kumpulan hak asasi manusia di kem itu, yang menempatkan penduduk yang hilang tempat tinggal akibat perang yang berlarutan di Sudan, melaporkan bahawa beberapa mangsa terbunuh ketika sedang berlindung di dalam rumah mereka semasa serangan pada Isnin.
Dakwaan itu tidak dapat disahkan secara bebas.
Pakar Humanitarian Research Lab (HRL) di Universiti Yale, yang menganalisis imej satelit dan mengesahkan hantaran media sosial dari zon konflik, berkata imej menunjukkan lebih 40 kenderaan di barat laut kem Abu Shouk berhampiran ibu kota wilayah El Fasher.
HRL menulis pada Isnin bahawa "kedudukan kenderaan menyokong laporan di lapangan bahawa kenderaan menyerang Abu Shouk dari utara, bergerak ke arah selatan memasuki kem itu. Penemuan daripada imejan yang dianalisis oleh HRL kelihatan konsisten dengan laporan bebas di lapangan yang diterima dalam tempoh beberapa jam selepas dakwaan pembunuhan beramai-ramai itu".
Menurut PBB, lebih 12 juta orang telah kehilangan tempat tinggal di Sudan akibat konflik antara tentera dan RSF sejak April 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sudan
#serangan
#kem pelarian
#angka korban
#RSF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan