awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu

Agensi
Agensi
25/04/2024
23:30 MYT
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Imej menunjukkan haba kelihatan di lebuh raya ketika kenderaan bergerak semasa gelombang haba seluruh negara di Dhaka, Bangladesh pada Ahad lalu. - Gambar REUTERS
DHAKA: Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 celcius memaksa kerajaan bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Semua sekolah dan kolej akan ditutup sehingga Sabtu ini.
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Langkah penutupan itu juga selari dengan tindakan India dan Filipina susulan gelombang haba melanda seluruh Asia.
Pengarah Save The Children Bangladesh, Shumon Sengupta berkata, penutupan sekolah akibat gelombang haba memberi kesan terutamanya kepada kanak-kanak Bangladesh yang merupakan antara kelompok termiskin di dunia.
Sementara itu, ribuan penduduk berkumpul di sini untuk berdoa memohon hujan.
Biro Cuaca Bangladesh berkata, purata suhu maksimum di ibu negara sepanjang minggu lalu adalah empat ke lima darjah celsius lebih tinggi berbanding purata 30 tahun untuk tempoh yang sama. - Agensi
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#suhu panas melampau
#cuaca ekstrem
#Bangladesh tutup sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan