awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhu panas melampau, China keluarkan amaran tahap kuning

Bernama
Bernama
23/07/2022
08:24 MYT
Suhu panas melampau, China keluarkan amaran tahap kuning
Balai cerap negara China pada Sabtu terus mengeluarkan amaran tahap kuning berikutan cuaca panas melampau yang berlarutan di kebanyakan wilayah di negara itu. - Gambar fail/REUTERS
BEIJING: Balai cerap negara China pada Sabtu terus mengeluarkan amaran tahap kuning berikutan cuaca panas melampau yang berlarutan di kebanyakan wilayah di negara itu.
Pada Sabtu, bahagian Inner Mongolia, Xinjiang, Anhui, Jiangsu, Shanghai, Hunan, Jiangxi, Zhejiang, Fujian, Guizhou, Guangdong dan Guangxi dijangka mengalami suhu lebih 35 darjah Celsius, menurut Pusat Meteorologi Negara, lapor Xinhua.
Suhu di beberapa bahagian di Xinjiang, Zhejiang dan Fujian mungkin melebihi 40 darjah Celsius.
Pusat itu menasihatkan orang ramai tidak melakukan aktiviti luar masa tempoh suhu tinggi pada sebelah petang dan mencadangkan pekerja yang terdedah kepada suhu tinggi atau yang perlu bekerja dalam jangka waktu yang lama di luar mengambil langkah-langkah perlindungan yang sepatutnya.
China mempunyai sistem amaran cuaca dengan kod warna empat peringkat- merah mewakili amaran paling berbahaya, diikuti oren, kuning dan biru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#balai cerap
#amaran tahap kuning
#cuaca panas melampau
#Xinjiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan