awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhu panas melampau landa banyak tempat di Amerika Syarikat - Media

Bernama
Bernama
12/07/2024
22:30 MYT
Suhu panas melampau landa banyak tempat di Amerika Syarikat - Media
Kanak-kanak memakai topi payung untuk melindungi diri mereka daripada matahari semasa gelombang panas musim panas di New York City. - Gambar REUTERS
NEW YORK: Suhu panas melampau melanda sebahagian besar Amerika Syarikat (AS) musim panas ini, dengan banyak tempat di California, Nevada, Arizona dan Utah berada di bawah amaran panas melampau, menurut data rasmi dan laporan media.
Pada Khamis, lebih 60 juta rakyat Amerika berada di bawah amaran panas daripada Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.
Suhu pada musim panas ini kadangkala berada antara 10 hingga 30 darjah di atas purata suhu di negeri-negeri Barat, lapor Xinhua yang memetik The New York Times pada Jumaat.
"Natijahnya semakin dirasai di bilik kecemasan negara, dengan petugas perubatan berhadapan dengan pesakit terjejas oleh kepanasan, suhu badan mereka yang melonjak sehingga boleh membawa maut jika tidak ditangani dengan segera," katanya.
Sekitar 2,300 orang meninggal dunia akibat penyakit berkaitan suhu panas di AS pada 2023, tiga kali ganda purata tahunan antara 2004 dan 2018.
Hampir 120,000 lawatan kecemasan berkaitan panas direkodkan di seluruh AS tahun lepas, lapor Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#suhu panas melampau
#Amerika Syarikat
#Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan
#amaran panas melampau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan