awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhu panas melampau sekali lagi landa selatan Sepanyol

Bernama
Bernama
11/07/2023
08:40 MYT
Suhu panas melampau sekali lagi landa selatan Sepanyol
Gelombang haba kedua musim panas ini mungkin reda menjelang akhir minggu, menurut ahli meteorologi. - AP
MADRID: Orang ramai sekali lagi berhadapan cuaca panas terik di Sepanyol selepas dua minggu mengalami gelombang haba, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Di Andalusia, suhu meningkat sehingga 44 darjah Celsius pada petang Isnin.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AEMET mengisytiharkan amaran merah, tahap tertinggi, di wilayah yang menempatkan bandar utama Seville dan Cordoba itu.
Bandar-bandar itu sudah pun menyaksikan suhu memuncak kepada 44 darjah pada bulan Jun.
Suhu siang hari yang tinggi itu membebankan penduduk, terutama kanak-kanak, warga emas dan mereka yang sakit selain memberi kesan kepada alam semula jadi.
Pada waktu malam suhu jarang turun di bawah 25 darjah.
Cuaca juga sangat panas di bahagian lain di negara itu pada Isnin, sehingga 39 darjah di ibu negara Madrid dan sehingga 35 darjah di pulau percutian Mallorca.
Suhu lebih rendah di Catalonia pada 30 darjah dan di utara negara itu, suhu mencatatkan sekitar 25 darjah.
Gelombang haba kedua musim panas ini mungkin reda menjelang akhir minggu, menurut ahli meteorologi.
Di Sepanyol, gelombang haba telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini seperti yang dinyatakan oleh Perkhidmatan Cuaca Negara.
Jurucakap AEMET Ruben del Campo berkata yang jelas, perubahan iklim (akibat tindakan manusia) punca kepada peningkatan kejadian cuaca ekstrem.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suhu panas
#cuaca ekstrem
#sepanyol
#gelombang haba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan