awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhu purata Jepun pada 2024 dijangka catat rekod tertinggi

Bernama
Bernama
29/12/2024
15:00 MYT
Suhu purata Jepun pada 2024 dijangka catat rekod tertinggi
Sepanjang tempoh Januari hingga November, suhu purata Jepun adalah 1.64 darjah Celsius lebih tinggi berbanding purata tahunan bagi tempoh 30 tahun sehingga 2020. - Gambar Reuters
TOKYO: Suhu purata Jepun pada 2024 dijangka mencatat rekod tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut, menurut laporan media tempatan yang dipetik Xinhua.
Sepanjang tempoh Januari hingga November, suhu purata Jepun adalah 1.64 darjah Celsius lebih tinggi berbanding purata tahunan bagi tempoh 30 tahun sehingga 2020.
Ini merupakan tahap tertinggi sejak agensi kaji cuaca negara itu mula mengeluarkan data pada 1898, lapor Kyodo News berdasarkan angka awal yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
"Suhu tahun ini boleh dikatakan luar biasa tinggi," kata seorang pegawai JMA.
Menurut agensi itu, suhu tinggi berpunca daripada aliran udara panas yang dibawa oleh angin yang bergerak lebih jauh ke utara daripada biasa, selain kesan pemanasan global.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, suhu di Jepun terus meningkat, dengan tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023 mendominasi senarai lima tahun paling panas, menurut laporan itu.
Suhu purata permukaan laut di sekitar Jepun juga 1.46 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata tahunan setakat akhir November, melepasi rekod tertinggi yang dicatatkan pada 2023 sejak data tersedia pada 1908.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemanasan global
#suhu purata
#rekod tertinggi
#udara panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan