DUNIA
Suku daripada syarikat besar di UK jangka pemberhentian pekerja akibat AI
Sebanyak 26 peratus organisasi besar dalam sektor swasta dan 20 peratus majikan dalam sektor awam menjangka jumlah pekerja akan berkurangan dalam tempoh 12 bulan akan datang disebabkan penggunaan AI. - Gambar hiasan/ Reuters
MOSCOW: Kira-kira satu perempat daripada syarikat swasta besar di United Kingdom (UK) menjangka akan mengurangkan jumlah pekerja dalam tempoh setahun akan datang susulan penggunaan kecerdasan buatan (AI), lapor Financial Times memetik kajian oleh Institut Bertauliah bagi Personel dan Pembangunan (CIPD), menurut Sputnik/RIA Novosti.
Menurut laporan itu, sebanyak 26 peratus organisasi besar dalam sektor swasta dan 20 peratus majikan dalam sektor awam menjangka jumlah pekerja akan berkurangan dalam tempoh 12 bulan akan datang disebabkan penggunaan AI.
Kajian itu turut menunjukkan bahawa dalam sektor kewangan, 37 peratus pengurus menjangka mereka dapat mengurangkan tenaga kerja dengan bantuan AI, diikuti 26 peratus dalam sektor teknologi maklumat (IT) dan 24 peratus dalam sektor perundangan serta perundingan.
Tarikh kajian, bilangan responden dan margin ralat tidak dinyatakan.
Sebelum ini, satu kajian oleh bank British, Lloyds, mendapati lebih separuh rakyat UK menggunakan AI untuk mengurus kewangan mereka. Lebih satu pertiga pengguna menggunakan AI bagi mendapatkan cadangan pelaburan, satu perempat bagi pengurusan hutang, manakala 39 peratus memanfaatkannya untuk perancangan kewangan jangka panjang termasuk maklumat mengenai pencen.
-- BERNAMA