awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sulawesi Selatan dilanda banjir kilat

Bernama
Bernama
02/02/2023
04:55 MYT
Sulawesi Selatan dilanda banjir kilat
Beberapa video tular di media sosial menunjukkan kerja-kerja memindahkan mangsa sedang dilakukan dan penduduk terperangkap di dalam rumah yang dinaiki air. - Facebook Omn Necrofis II
JAKARTA: Hujan lebat selama beberapa jam telah mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di bandar Parepare, Sulawesi Selatan malam tadi, lapor media tempatan.
Sekurang-kurangnya dua orang hilang selepas tanah runtuh melanda Kesuma Timur Road yang terletak di pantai barat daya Sulawesi.
Kawasan yang terjejas teruk iaitu Lumpue, Lappadde dan Lemoe dengan lebih 100 rumah dan kemudahan awam dinaiki air.
Berikutan itu, penduduk di kawasan terjejas terpaksa dipindahkan kira-kira pukul 8 malam dengan bantuan Agensi Mitigasi Bencana (BPBD).
Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan kerja-kerja memindahkan pesakit hospital sedang dilakukan dan penduduk terperangkap di dalam rumah yang dinaiki air.
BPBD sedang membuat semakan untuk mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam banjir kilat itu.
Pada bulan lalu, lima orang maut dalam banjir kilat yang melanda Bandar Manado di Sulawesi Utara.
-- BERNAMA
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#banjir
#Sulawesi Selatan
#tanah runtuh
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan