[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
INTERNATIONAL

'Sultan Brunei sedikit penat, sedang berehat di IJN' - PM

Hasimi Muhamad 27/05/2025 | 10:38 MYT
Sultan Brunei, antara 10 pemimpin ASEAN yang hadir ke Kuala Lumpur bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung semalam dan hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan keletihan.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media penutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang melabuhkan tirai hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menjelaskan secara terperinci keadaan baginda.

"Sultan Brunei dalam keadaan sedikit penat dan baginda berehat di IJN," katanya ringkas.

Sultan Brunei, antara 10 pemimpin ASEAN yang hadir ke Kuala Lumpur bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung semalam dan hari ini.

Baginda berangkat tiba di Malaysia pada Selasa lalu.



#ASEAN25 #ASEAN 2025 #Sultan Brunei #IJN