DUNIA
AS suntik dana RM180 bilion dalam Intel Corp, peroleh 10 peratus pegangan
Kerajaan AS melabur AS$8.9 bilion untuk memperoleh 9.9% pegangan dalam Intel melalui dana Akta CHIPS dan program Secure Enclave, tanpa hak mengundi atau kerusi lembaga. -Gambar fail
WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) secara rasmi memperoleh hampir 10 peratus pegangan dalam syarikat pengeluar cip terkemuka, Intel Corporation, menerusi pelaburan strategik bernilai AS$8.9 bilion (RM144.92 bilion).
Ringkasan AI
Ia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pengeluaran semikonduktor domestik dan memulihkan kedudukan Intel dalam pasaran global.
Presiden AS, Donald Trump, mengesahkan perjanjian tersebut yang melibatkan pembelian sebanyak 433.3 juta unit saham biasa Intel, bersamaan 9.9 peratus daripada jumlah saham terdilusi penuh syarikat itu.
Pelaburan ini dibiayai melalui dana yang diperuntukkan di bawah Akta CHIPS dan Sains serta program Secure Enclave yang sebelum ini belum disalurkan.
“Amerika Syarikat kini secara rasmi memiliki 10 peratus saham Intel,” kata Menteri Perdagangan AS, Howard Lutnick menerusi platform X, sambil menyifatkan langkah itu sebagai adil dan menguntungkan rakyat AS.
Intel sebelum ini telah menerima AS$2.2 bilion daripada dana CHIPS Act, menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan kerajaan mencecah AS$11.1 bilion (RM180.74 bilion).
Walau bagaimanapun, saham yang diperoleh tidak memberikan hak mengundi kepada kerajaan AS dan tiada perwakilan dalam lembaga pengarah Intel.
Langkah ini dilihat sebagai intervensi luar biasa oleh pentadbiran Trump dalam sektor korporat, bertujuan menyelamatkan Intel yang sedang bergelut dengan persaingan global dan kelewatan dalam pembangunan teknologi cip canggih.
Intel, yang pernah menjadi peneraju industri semikonduktor AS, kini ketinggalan berbanding pesaing seperti TSMC dan Samsung.
Perjanjian ini turut menyusul selepas laporan bahawa SoftBank telah membeli dua bilion saham Intel, manakala Pentagon merancang menjadi pemegang saham utama dalam syarikat perlombongan kecil bagi meningkatkan pengeluaran magnet tanah jarang.
Intel setakat ini enggan mengulas lanjut mengenai perjanjian tersebut. Namun, penganalisis pasaran menyatakan bahawa suntikan modal ini tidak semestinya menyelesaikan isu asas syarikat tanpa sokongan rakan kongsi yang lebih kukuh dari segi kewangan.
Ringkasan AI
- Kerajaan AS melabur AS$8.9 bilion untuk memperoleh 9.9% pegangan dalam Intel melalui dana Akta CHIPS dan program Secure Enclave, tanpa hak mengundi atau kerusi lembaga.
- Langkah ini bertujuan memperkukuh pengeluaran semikonduktor domestik dan menyelamatkan Intel yang ketinggalan berbanding TSMC dan Samsung.
- Pelaburan ini menjadikan jumlah sokongan kerajaan kepada Intel mencecah AS$11.1 bilion, namun penganalisis menegaskan suntikan modal sahaja tidak menyelesaikan isu asas syarikat.