Supermoon... Dapatkah anda menyaksikannya?

Agensi
Julai 14, 2022 23:30 MYT
Fenomena 'supermoon' dirakamkan di latar perkampungan Putilovo, 70 kilometer di timur St. Petersburg, Rusia, pada Rabu. - Foto AP
DAPATKAH anda menyaksikan fenomena supermoon yang hangat dibincangkan di seluruh dunia?
Pada malam Rabu telah berlaku kejadian bulan mengambang penuh yang indah, dan pada masa yang sama kedudukan bulan itu dilaporkan lebih dekat dengan bumi berbanding biasa.
Gabungan ciri itu dipanggil fenomena 'supermoon'.
Kedudukan bulan penuh yang lebih dekat dengan bumi itu menjadikan saiz bulan kelihatan lebih besar dan terang, jika cuaca menyebelahi.
Satu nama yang diberikan bagi fenomena pada Rabu itu adalah buck moon - sempena rujukan waktu atau musim dalam setiap tahun ketika rusa jantan (buck) tumbuh tanduknya.
Kejadian supermoon pada 14 Jun juga digelar strawberry moon, kerana waktu ia mengambang itu kebetulan terjadi dalam musim menuai buah strawberi.
Berikut adalah beberapa gambar fenomena berkenaan yang dapat dirakamkan di seluruh dunia:
#Supermoon #Fenomena #bulan #buck moon