SYDNEY: Seorang lelaki warga Australia dilarang daripada menghubungi Puteri Ingrid Alexandra dari Norway, yang kini sedang menuntut di Sydney, selepas polis memintas sepucuk surat mencurigakan yang dihantar ke kampusnya, memetik laporan media Norway pada Ahad oleh Agensi Berita Jerman (dpa).
Agensi berita Norway, NTB melaporkan bahawa kakitangan keselamatan yang bertugas untuk puteri berkenaan telah memintas surat yang dialamatkan kepadanya.
Puteri Ingrid Alexandra, 22, kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang hubungan antarabangsa dan ekonomi politik di Universiti Sydney.
Agensi perisikan domestik Norway, PST mengesahkan insiden itu kepada penyiar awam negara itu.
Pihak penyiasat memaklumkan bahawa langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan kerjasama pihak berkuasa Australia, tanpa memberikan butiran lanjut.
Lelaki berusia 63 tahun itu dilaporkan oleh media tempatan sebagai seorang warganegara Australia.
Menurut NTB, beliau telah diminta untuk hadir ke mahkamah pada Rabu ini berhubung insiden berkenaan.
-- BERNAMA-dpa