DUNIA
Suruhanjaya Eropah cadang sekatan baharu ke atas Israel
EU menggesa Israel menghentikan operasi ketenteraan di Bandar Gaza, kerana ia memburukkan krisis kemanusiaan dan membahayakan nyawa tawanan. - Foto AP
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah akan mencadangkan sekatan tambahan terhadap Israel berhubung tindakannya di Semenanjung Gaza pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik jurucakapnya.
Ringkasan AI
Langkah itu dijangka termasuk penggantungan beberapa faedah perdagangan di bawah perjanjian antara Kesatuan Eropah (EU) dan Israel, menurut jurucakap itu.
Bagaimanapun, belum jelas sama ada cadangan itu akan menerima sokongan mencukupi daripada negara anggota EU.
Cadangan terdahulu untuk menggantung pembiayaan penyelidikan setakat ini gagal memperoleh sokongan majoriti, dengan Jerman menentang langkah itu.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen minggu lalu telah membayangkan cadangan berkenaan sambil mengakui sukar untuk mendapatkan sokongan majoriti memandangkan EU berpecah dalam menentukan respons terhadap pelanggaran hak asasi manusia Israel di Gaza.
Langkah baharu itu juga dijangka melibatkan penggantungan pembayaran daripada dana EU bagi kerjasama antarabangsa.
Pengumuman itu dibuat ketika tentera Israel melancarkan serangan darat di Gaza.
"EU secara konsisten menggesa Israel agar tidak meningkatkan operasi di Bandar Gaza.
"Tindakan ketenteraan hanya akan membawa lebih banyak kemusnahan, kematian dan perpindahan," kata jurucakap kepada Ketua Dasar Luar EU Kaja Kallas.
"Kami telah jelaskan bahawa ia juga akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah pun kritikal dan membahayakan nyawa tawanan.
"Sudah tiba masanya untuk menghentikan kitaran keganasan, kemusnahan dan penderitaan ini dan ia mesti dihentikan sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Suruhanjaya Eropah akan mencadangkan sekatan tambahan terhadap Israel, termasuk penggantungan faedah perdagangan dan dana kerjasama antarabangsa, susulan tindakan ketenteraan di Gaza.
- Cadangan ini berdepan cabaran sokongan dalam kalangan negara anggota EU, dengan Jerman menentang langkah terdahulu seperti penggantungan pembiayaan penyelidikan.
- EU menggesa Israel menghentikan operasi ketenteraan di Bandar Gaza, kerana ia memburukkan krisis kemanusiaan dan membahayakan nyawa tawanan, serta menyeru agar kitaran keganasan dihentikan segera.