DUNIA
Suruhanjaya Eropah pertimbang cukai ke atas makanan proses tidak sihat
Terdapat bukti yang mengaitkan pengambilan tinggi makanan proses dengan peningkatan risiko obesiti, diabetes dan penyakit metabolik, menurut Suruhanjaya Eropah. - Gambar hiasan/Adobe Stock
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah sedang mempertimbangkan untuk mencadangkan pelaksanaan levi tahun depan ke atas makanan proses yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam, menurut draf dokumen yang diperoleh Agensi Berita Jerman (dpa) pada Ahad.
Dalam dokumen yang dijadual dibentangkan pertengahan Disember nanti, suruhanjaya berkenaan berkata levi itu bertujuan menggalakkan tabiat pemakanan lebih sihat.
Penulis dokumen itu menyatakan bahawa "cukai mikro di seluruh Kesatuan Eropah (EU)" dapat menstabilkan harga dan mengubah tingkah laku pengguna tanpa menimbulkan beban kewangan yang tidak sepatutnya.
Pengilang juga akan digalakkan untuk menghasilkan produk yang lebih sihat. Hasil kutipan levi berkenaan hanya akan digunakan untuk program promosi kesihatan di seluruh EU.
Suruhanjaya itu menekankan bahawa penyakit kardiovaskular merupakan punca kematian utama di EU, dengan lebih 1.7 juta kes setiap tahun. Kos ekonominya melebihi EUR280 bilion (AS$325 bilion) setahun.
Terdapat bukti yang mengaitkan pengambilan tinggi makanan proses dengan peningkatan risiko obesiti, diabetes dan penyakit metabolik, menurut suruhanjaya itu.
Selain cukai itu, pelan kesihatan berkenaan turut merangkumi pemodenan undang-undang kawalan tembakau menjelang 2027 serta pengenalan sistem penarafan makanan proses di peringkat Eropah.
Suruhanjaya Eropah menyasarkan untuk mengurangkan kadar kematian akibat penyakit kardiovaskular sebanyak 20 peratus menjelang 2035 melalui pelbagai inisiatif.
--BERNAMA-dpa