DUNIA
Suruhanjaya PBB isytihar Israel lakukan jenayah genosid di Gaza
Laporan setebal 72 muka surat itu menyatakan bahawa Israel telah melaksanakan empat daripada lima tindakan yang ditakrifkan sebagai genosid di bawah Konvensyen Genosid 1948. -Gambar fail/AP
GENEVA: Suruhanjaya Siasatan Bebas Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa Israel telah melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza, berdasarkan laporan rasmi yang dikeluarkan selepas siasatan selama dua tahun.
Ringkasan AI
Laporan setebal 72 muka surat itu menyatakan bahawa Israel telah melaksanakan empat daripada lima tindakan yang ditakrifkan sebagai genosid di bawah Konvensyen Genosid 1948.
Ia termasuk pembunuhan secara besar-besaran, menyebabkan kecederaan fizikal dan mental yang serius, mengenakan syarat hidup yang membawa kepada kemusnahan, serta menghalang kelahiran dalam kalangan kumpulan sasaran.
“Suruhanjaya mendapati bahawa niat genosid adalah satu-satunya kesimpulan munasabah berdasarkan corak tindakan pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel,” kata Pengerusi Suruhanjaya, Navi Pillay, yang juga bekas Ketua Hak Asasi Manusia PBB dan hakim tribunal genosid Rwanda.
Laporan itu turut menyenaraikan kenyataan pemimpin tertinggi Israel seperti Presiden Isaac Herzog, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant sebagai bukti hasutan kepada genosid.
Antaranya termasuk surat Netanyahu kepada tentera Israel yang merujuk operasi Gaza sebagai perang suci melibatkan pemusnahan menyeluruh.
Antara bukti yang dikemukakan termasuk serangan terhadap kanak-kanak, pemusnahan klinik kesuburan yang mengandungi ribuan embrio dan sampel sperma, serta penggunaan kebuluran sebagai senjata perang.
Gaza kini mengalami kemusnahan sistem kesihatan, air dan sanitasi, dengan lebih 64,000 kematian direkodkan sejak Oktober 2023.
Israel menolak laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai berat sebelah, palsu dan dipengaruhi propaganda Hamas.
Jurucakap Kementerian Luar Israel turut menuduh panel penyiasat sebagai proksi Hamas dan menyeru agar suruhanjaya itu dimansuhkan segera.
Israel kini berdepan kes genosid yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, manakala beberapa pemimpin Israel telah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan menggunakan kebuluran sebagai senjata perang.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Suruhanjaya Siasatan PBB mengesahkan bahawa Israel melakukan jenayah genosid di Gaza berdasarkan laporan rasmi yang menyenaraikan empat daripada lima tindakan genosid.
- Bukti termasuk kenyataan pemimpin Israel, serangan terhadap kanak-kanak, pemusnahan klinik kesuburan dan penggunaan kebuluran sebagai senjata perang.
- Israel menolak dakwaan tersebut dan kini berdepan kes genosid di ICJ serta waran tangkap ICC terhadap beberapa pemimpinnya.