awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek rempuhan trak di Berlin ditembak mati di Milan

Agensi
Agensi
23/12/2016
10:22 MYT
Suspek rempuhan trak di Berlin ditembak mati di Milan
Amri yang diburu pihak berkuasa Jerman menghilangkan diri selepas kejadian rempuhan Isnin lalu yang mengorbankan 12 nyawa di sebuah pasar krismas. - Foto AFP / BKA / HANDOUT
Suspek warga Tunisia yang didakwa bertanggungjawab keatas insiden rempuhan maut di Berlin Jerman, telah ditembak mati, lapor media Itali yang memetik sumber pasukan keselamatan negara itu.
Menteri Dalam Negeri Itali, Marco Minniti djangka mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media hari ini.
Menurut laporan kenderaan suspek, Anis Amri telah ditahan pihak keselamatan dalam satu pemeriksaan jalan raya pada pukul 3 pagi waktu tempatan. Suspek dikatakan telah mengeluarkan sepucuk pistol dan berlaku adegan tembak menembak sebelum dia berjaya ditembak mati.
Amri yang diburu pihak berkuasa Jerman menghilangkan diri selepas kejadian rempuhan Isnin lalu yang mengorbankan 12 nyawa di sebuah pasar krismas.
Suspek juga mempunyai kaatan dengan Itali, negara destinasinya selepas meninggalkan negara asalnya Tunisia pada 2011.
Sejurus tiba, dia dipenjarakan selepas didakwa melepaskan tembakan di sebuah penempatan pelarian.
Dia dibebaskan pada 2015 dan meloloskan diri ke negara Jerman.
Topic Berkaitan
#anis amri
#Marco Minniti
#polis Milan
#rempuhan trak Berlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan