awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek rogol budak 9 tahun berjaya ditahan selepas 24 tahun diburu

Agensi
Agensi
12/01/2019
10:56 MYT
Suspek rogol budak 9 tahun berjaya ditahan selepas 24 tahun diburu
Penahanan Keven Michael Konther yang kini berusia 53 tahun dibuat selepas menggunakan teknik penyiasatan melalui pangkalan data DNA awam.
TEKNIK menjejak penjenayah rogol menggunakan teknologi padanan asid deoksiribonukleik (DNA) akhirnya merungkai misteri kes rogol yang berdekad-dekad lamanya menemui jalan buntu.
Seorang lelaki ditahan Polis California selepas dipercayai menjadi suspek kes rogol kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun pada 1995 dan seorang wanita berumur 31 tahun pada 1998.
Penahanan Keven Michael Konther, yang kini berusia 53 tahun, dibuat selepas menggunakan teknik penyiasatan melalui pangkalan data DNA awam.
Mangsa pertama ialah kanak-kanak berusia 9 tahun yang dirogol pada 21 Oktober 1995 semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membeli barangan sekolah dari sebuah kedai.
Mengikut laporan, suspek menarik mangsa ke dalam hutan berhampiran Serrano Creek Park lalu merogolnya.
Polis kemudian melancarkan operasi memburu suspek berdasarkan lakaran wajah yang digambarkan kanak-kanak itu, namun gaghal mengesannya.
Pada tahun 1998, terdapat kes seorang wanita berusia 31 tahun yang dirogol, namun polis sekali lagi gagal mengesan suspek kerana tidak mempunyai padanan DNA yang sesuai.
Bagaimanapun pada April 2018, seorang penjenayah paling dikehendaki, James DeAngelo ditangkap melalui teknik penyiasatan pangkalan data DNA awam dan ia telah menarik minat pihak berkuasa untuk menggunakan cara sama ke atas siasatan kes rogol yang belum menemui penyelesaian.
Hasil siasatan bagaimanapun membawa kepada penjejakan dua individu yang mempunyai DNA sama, iaitu adik-beradik kembar.
Susulan penahanan kembar tersebut di Highland, pihak berkuasa berjaya merungkai dan mengenal pasti bahawa salah satu daripadanya adalah Keven Michael Konther yang menjadi suspek utama dua kes rogol yang telah tersimpan lama.
Saudara kembarnya yang seorang lagi bagaimanapun dibebaskan.
Topic Berkaitan
#California
#DNA
#Kanak-kanak
#lelaki
#mangsa
#operasi
#polis
#rogol
#rumah
#sekolah
#siasatan
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan