awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek serangan letupan ke atas PM Jepun Kishida didakwa

Bernama
Bernama
06/09/2023
06:47 MYT
Suspek serangan letupan ke atas PM Jepun Kishida didakwa
Ryuji Kimura menghadapi pertuduhan termasuk cubaan membunuh, dengan pihak penyiasat mendapati bahawa bom paip buatan sendiri yang digunakan dalam serangan itu boleh membawa maut. - Gambar fail/AP
TOKYO: Pendakwa raya Jepun pada Rabu mendakwa seorang lelaki atas serangan menggunakan bahan letupan yang menyasarkan Perdana Menteri Fumio Kishida semasa acara pilihan raya di barat Jepun pada April.
Pendakwa raya membuat kesimpulan bahawa suspek sihat dari segi mental untuk bertanggungjawab terhadap sabitan jenayah, lapor Xinhua.
Ryuji Kimura, 24, menghadapi pertuduhan termasuk cubaan membunuh, dengan pihak penyiasat mendapati bahawa bom paip buatan sendiri yang digunakan dalam serangan itu boleh membawa maut.
Dakwaan terhadap Kimura berikutan penilaian psikiatri selama tiga bulan oleh pendakwa raya berakhir pada Jumaat.
Kimura yang berasal dari Hyogo, didakwa melemparkan bahan letupan ke arah Kishida ketika pemimpin itu mahu berucap di bandar Wakayama pada 15 April.
Kishida dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun dua orang pegawai polis cedera ringan.
Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Kimura mungkin menyimpan dendam selepas tidak dapat memfailkan pencalonan bagi pemilihan Dewan Ahli Majlis yang diadakan tahun lalu.
Insiden itu berlaku kurang setahun selepas bekas perdana menteri Shinzo Abe maut ditembak oleh penyerang menggunakan pistol buatan sendiri ketika menyampaikan ucapan di barat Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan bahan letupan
#Perdana Menteri Jepun
#Fumio Kishida
#lelaki didakwa
#Pilihan Raya Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan