Susulan insiden kebakaran, Iran pindah pejabat konsulat

Astro Awani
September 12, 2018 01:00 MYT
Penunjuk perasaan Iraq dilihat di hadapan pejabat Konsulat Iran yang terbakar di Basra, Iraq, 7 Sept, 2018. REUTERS / Fail
Iran memindahkan pejabat konsulatnya di Iraq ke satu lokasi baru.
Ia selepas bangunan pejabat itu terbakar gara-gara satu demonstrasi beberapa hari lalu.
Duta Iran, Iraj Masjedi, bagaimanapun memberi jaminan, insiden itu tidak akan menjejaskan hubungan dua negara.
Bangunan pejabat itu sebelum ini dibakar penunjuk perasaan yang marah.
Tunjuk perasaan tersebut bermula dengan bantahan terhadap kes pencemaran air.
#Iran #Iraq #kebakaran #pejabat konsulat