Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi pada Isnin mempelawa syarikat-syarikat sedunia untuk melabur di negara itu, sebagai sebahagian usaha mengimbangkan impak negatif krisis Rohingya dan reformasi ekonomi yang perlahan.
Suu Kyi menguar-uarkan potensi ekonomi Myanmar dengan menyatakan bahawa negara itu lokasi yang strategik, berdaya saing untuk perkembangan pasaran dan berpopulasi muda. Dia juga menyenaraikan langkah-langkah yang telah diambil sejak memegang tampuk pentadbiran pada 2016.
"Saya di sini berdiri teguh dengan komitmen untuk terus menjalankan usaha reformasi dan membina persekitaran yang mesra pelaburan.
“Datanglah ke Myanmar dan nikmati suasana yang penuh dengan peluang, dan saksikan sendiri keupayaan ekonomi baharu kami,”ujarnya di Naypyitaw, kepada golongan usahawan, diplomat dan petugas media.
Sehingga kini, para pelabur mengadu bahawa kerajaan Myanmar hanya memberi tumpuan untuk mengakhiri konflik senjata, namun mengabaikan usaha membaik pulih keperluan ekonomi.
Suu Kyi bagaimanapun tidak menyentuh soal krisis Rohingya dan kesannya pada pelaburan. Banyak pihak yang bimbang dan ragu tentang beberapa sekatan dari Barat yang dikenakan sewaktu pemerintahan tentera dapat ditarik balik.
Kira-kira 730,000 Muslim Rohingya telah lari meninggalkan negeri Rakhine dan memasuki Bangladesh sejak tentera Myanmar bertindak tegas membuat gara-gara insiden serangan pondok keselamatan.
Sementara itu, misi pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata tentera Myanmar masih melakukan pembunuhan dan pemerkosaan dalam agenda pembantaian etnik. Myanmar bagaimanapun menafikan laporan itu.
Data tahun lalu dari rekod Dana Kewangan Antarabangsa menunjukkan sesetengah pelabur asing menangguhkan kelulusan projek-projek sehingga situasi berkenaan diperjelas sepenuhnya.
Agensi
Mon Jan 28 2019
Suu Kyi masih tidak menunjukkan sebarang usaha proaktif untuk menangani krisis Rohingya. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Anak lelaki risau tahap kesihatan Aung San Suu Kyi di penjara
Kim Aris dakwa, ibunya dinafikan akses kepada doktor luar selepas mengalami pening dan muntah.
Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak
Pengampunan separa oleh tentera junta Myanmar terhadap bekas pemimpin yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi tidak mempunyai sebarang makna.
Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi
Thailand berharap pemberian pengampunan itu akan membantu mewujudkan suasana kondusif untuk dialog politik di Myanmar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan
Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu.
UK umum sekatan baharu terhadap Myanmar, sasar pembekal peralatan tentera
United Kingdom pada Isnin mengumumkan sekatan baharu terhadap Myanmar, termasuk menyasarkan pembekal peralatan ketenteraan kepada junta.
Kerajaan tentera Myanmar nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai
Anggota kumpulan penentangan bersenjata mendakwa bahawa mayat mangsa ditemukan di pekarangan sebuah biara Buddha pada lewat Sabtu lalu.
Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah keganasan.