Bekas ikon demokrasi Aung San Suu Kyi menolak tuduhan genosid terhadap warga Rohingya di Myanmar malah menyatakan bahawa tuduhan itu sebagai menyimpang daripada fakta dan tidak layak dikemukakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ketika membacakan kenyataan pembelaannya, Suu Kyi menyatakan 'operasi pembersihan' di wilayah barat Rakhine pada Ogos 2017 merupakan langkah pencegahan keganasan sebagai tindak balas terhadap serangan militan Rohingya ke atas berpuluh-puluh balai polis.
Tuduhan ini dibawa ke ICJ oleh Gambia mewakili Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia.
“Gambia memberi kenyataan yang tidak lengkap dan menyimpang daripada fakta sebenar mengenai situasi di Rakhine, Myanmar,” katanya.
Kata Suu Kyi, masalah di Rakhine adalah sangat rumit dan mengakui pihak tentera mungkin mengunakan kekerasan tetapi ia tidak membuktikan bahawa itu meruapakan tindakan bagi melenyapkan etnik minoriti.
Semasa pembelaannya juga, dia sering menyebut bahawa krisis berdarah pada 2017 merupakan konflik dalaman yang disebabkan oleh serangan kumpulan bersenjata tempatan seperti Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA).
Malah beliau menegaskan, pihak tentera yang meletakkannya dalam tahanan rumah selama 15 tahun itu kini mangsa serangan pihak yang tidak bertangungjawab.
“Rakhine hari ini mengalami konflik bersenjata dalaman antara tentera Buddha Arakan dan perkhidmatan pertahanan Myanmar dan umat Islam bukanlah satu pihak untuk konflik ini, tetapi mungkin, seperti orang awam lain di kawasan konflik, akan terjejas oleh langkah-langkah keselamatan yang ada," katanya.
Lebih 73,000 komuniti berketurunan Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh pada 2017.
PBB melaporkan sehingga 10,000 dikhuatiri maut akibat serangan itu.
Shafizan Johari
Wed Dec 11 2019

SUU KYI: Gambia memberi kenyataan yang tidak lengkap dan menyimpang daripada fakta sebenar mengenai situasi di Rakhine, Myanmar. -Foto AP

COVID-19: Enam lagi kluster baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam
Tiga daripada kluster tersebut dikesan di Johor dan tiga lagi kluster masing-masing di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.

Kes aktif kini lebih 37,000: Ini fakta situasi COVID-19 hari ini
Berikut perincian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi!
Ia menjadikan jumlah kes aktif yang sedang dirawat kini adalah 37,126 kes dengan 205 kini di unit rawatan rapi (ICU) dan 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jurukimpal maut, 2 cedera akibat letupan di kilang
Kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pengimpalan di sebuah tangki dalam kilang memproses produk kelapa sawit ketika kejadian.

Majlis Presiden PH bincang kerjasama Anwar, Tun M
Difahamkan isu kerjasama dengan Mahathir dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada penghujung mesyuarat tersebut yang diadakan pada 11 Januari lalu.

AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.

Sidang media dalam talian, parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian.

Penduduk anggap banjir di Pitas paling buruk pernah dihadapi
Daerah Pitas yang paling terjejas akibat banjir di Sabah malah terputus hubungan beberapa hari lalu apabila banyak jalan dan jambatan utama rosak.

Sarawak laksanakan PKPB selama 14 hari bermula Isnin depan
Sarawak hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari di seluruh bahagian di negeri itu kecuali bahagian Sibu.

Parti pimpinan Aung San Suu Kyi menang besar
NLD memperoleh 322 kerusi yang diperlukan untuk membentuk pemerintah.

Pilihan raya Myanmar: Proses buang undi selesai, keputusan dijangka hari ini
Walaupun Myanmar merekodkan 1,100 kes baharu COVID-19, perkara itu tidak menghalang rakyatnya untuk keluar mengundi melibatkan seramai 37 juta pengundi seluruh negara.

Aung San Suu Kyi sah bertanding untuk penggal kedua
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bakal bertanding bagi pilihan raya penggal kedua selepas mencalonkan diri sendiri.

ICJ bela nasib etnik Rohingya, perintah Myanmar hentikan genosid
Keadilan berpihak kepada etnik Rohingya apabila Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague mengarah Kerajaan Myanmar untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan mula membela nasib mereka.

Facebook mohon maaf silap terjemah nama Presiden China sehingga beri maksud kurang sopan
Facebook Inc memohon maaf dan menyalahkan kesilapan teknikal yang menyebabkan nama Presiden China, Xi Jinping diterjemahkan sebagai 'Shithole'.

China, Myanmar kukuhkan hubungan dua hala
Kedua-dua negara itu menandatangani memorandum persefahaman dan protokol yang merangkumi 33 projek.

Ceritalah ASEAN - Aung San Suu Kyi: Lannister atau Stark?
Aung San Suu Kyi dari Myanmar - anak seorang jeneral, mengetuai sebuah negara amat rapuh telah menjadi musuh Tatmadaw (tentera) untuk menjadi apologis atau, lebih teruk lagi, pemudah mereka.

Aung San hilang 'suci', hapus etnik, bukti dinafi
'The Lady' terus pejam mata dan nafi kaum Rohingya mangsa pembunuhan dan penghapusan etnik di Mahkamah Antarabangsa.

Suu Kyi pertahan tentera Myanmar, dakwa kenyataan Gambia menyimpang
Gambia memberi kenyataan yang tidak lengkap dan menyimpang daripada fakta sebenar mengenai situasi di Rakhine, kata Suu Kyi.

Tiada negara sekejam Myanmar, peranan PBB terus dipersoal - Tun M
Ketidakmampuan dunia untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di Myanmar menyebabkan kepercayaan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semakin berkurangan.