awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sweden berusaha perbaiki hubungan dengan negara Islam

Bernama
Bernama
06/08/2023
04:30 MYT
Sweden berusaha perbaiki hubungan dengan negara Islam
Anggota polis dilihat mengawal kawasan kedutaan Iraq sebelum satu demonstrasi dijadual diadakan di Stockholm. - Foto REUTERS
LONDON: Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam, kata Menteri Luar Sweden Tobias Billstrom, ketika negara itu berdepan kritikan terhadap insiden penghinaan berulang kali terhadap al-Quran, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Billstrom mengadakan perbualan dengan lebih 20 duta negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di ibu negara Stockholm pada Jumaat.
"Memulihkan kepercayaan dan keyakinan mengambil masa. Saya akan menumpukan sebahagian besar daripada tempoh pilihan raya ini untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam," kata Billstrom.
Beliau berkata kerajaannya "menolak sekeras-kerasnya" pembakaran salinan kitab suci, sambil menambah bahawa Kementerian Kehakiman telah memulakan analisis dan sedang mengusahakan terma rujukan siasatan untuk mengkaji semula Akta Ketenteraman Awam.
Awal minggu ini, Menteri Kehakiman Gunnar Strommer berkata bahawa satu penyelesaian yang berpotensi untuk mencegah kejadian sama berulang lagi adalah dengan menggunakan kuasa kecemasan di bawah Akta Ketenteraman Awam.
Jakob Forssmed, menteri hal ehwal sosial Sweden, juga mengadakan pertemuan dengan wakil daripada organisasi berbeza agama di ibu negara Sweden pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tobias Billstrom
#hubungan
#negara Islam
#Al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan