Sweden catat cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun

Bernama
Januari 17, 2024 10:08 MYT
Sweden mengalami cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun selepas sebuah kampung di utara negara itu mencatatkan suhu paling rendah. - Gambar fail/AP
STOCKHOLM: Sweden mengalami cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun selepas sebuah kampung di utara negara itu mencatatkan suhu paling rendah.
Cuaca sejuk yang memecahkan rekod dilihat pada 5 Jan dengan -44.6C (-48.2F) di Vittangi dalam perbandaran Kiruna, menurut Institut Meteorologi dan Hidrologi Sweden (SMHI), lapor Agensi Anadolu.
Pengurus Operasi SMHI Sverker Hellstrom berkata pihaknya menangguhkan pengumuman kepada rakyat untuk memastikan rekod yang dicatatkan itu benar-benar tepat.
Sweden merekodkan suhu terendah pada tahun 1966 dengan -52.6C (-62.6F) di rantau Norrbotten.
-- BERNAMA
#Sweden #cuaca paling sejuk #Vittangi #Kiruna