Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Syahdu... budak 2 tahun jatuh lubang sempit dijumpai meninggal dunia

Astro Awani 26/01/2019 | 04:54 MYT
Julen Rusello (gambar kecil) dijumpai mati setelah terjatuh dalam lubang sempit sejak 13 hari lalu. -Reuters
Pasukan penyelamat Sepanyol dengan bantuan pelombong telah menemukan mayat kanak-kanak berusia 2 tahun yang jatuh ke dalam lubang sedalam 3.8 meter pada Jumaat.

Ratusan penyelamat telah cuba mencari kanak-kanak itu, Julen Rusello yang jatuh ke lubang sempit dengan kedalaman 100 meter di sebuah tapak tanah kosong di Malaga, Sepanyol sejak 13 Januari lalu.

Wakil kerajaan pusat wilayah Andalusia barat, Alfonso Rodrigues Gomez de Celis dalam tweetnya memaklumkan bahawa mayat Julen ditemukan pada jam 1:25 pagi waktu tempatan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam kejadian pada 13 Januari lalu, Julen sedang berjalan bersama keluarganya sebelum dia dipercayai terjatuh ke dalam lubang berkenaan.

BACA: Budak 2 tahun terperangkap dalam lubang, operasi SAR masuk fasa kritikal

Lubang dengan luas bukaan sempit 10 inci itu tidak memungkinkan mana-mana orang dewasa untuk masuk dan menarik keluar kanak-kanak tersebut ke permukaan.

Operasi tambah sukar apabila berlaku tanah runtuh di beberapa bahagian tanah ketika operasi menyelamat dilakukan.

Sebuah lubang lain yang lebih besar digali pada kedalaman sama berhampiran lubang asal untuk memuatkan saiz orang dewasa.


#Julen Rusello #mayat #Pasukan penyelamat Sepanyol #tanah runtuh