Syarikat baharu TikTok ditubuhkan secara rasmi di AS

Kumpulan ByteDance yang berpangkalan di Beijing, mengekalkan pegangan kurang sedikit daripada 20 peratus dalam TikTok USDS. - Adobe Stock
WASHINGTON: Perniagaan aplikasi video popular TikTok di Amerika Syarikat (AS), yang sebelum ini berdepan ancaman penutupan selama berbulan-bulan berikutan kebimbangan terhadap pengaruh China, secara rasmi telah dipindahkan ke syarikat usaha sama yang baharu ditubuhkan, TikTok USDS Joint Venture, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pemilik terdahulu, Kumpulan ByteDance yang berpangkalan di Beijing, mengekalkan pegangan kurang sedikit daripada 20 peratus dalam TikTok USDS, menurut kenyataan syarikat itu.
Operasi TikTok di AS, yang mempunyai kira-kira 170 juta pengguna, menghadapi ketidaktentuan selama lebih setahun selepas AS meluluskan undang-undang pada 2024 yang mengarahkan ByteDance menjual perniagaan aplikasi itu di AS atau menamatkan operasinya menjelang 19 Jan 2025.
Presiden AS Donald Trump memberikan pelanjutan tempoh bagi tarikh akhir itu selepas memegang jawatan setahun lepas, dengan berulang kali menangguhkan penguatkuasaan walaupun tiada asas undang-undang untuk berbuat demikian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


