Disney telah memenangi pertikaian hak cipta ke atas sebuah syarikat di China yang menggunakan karakter filem animasi My Cars di mahkamah tempatan.

Bluemtv yang menerbitkan My Cars dalam versi China dengan nama The Autobots telah diperintahkan Mahkamah Tinggi Shanghai untuk menghentikan penerbitannya kerana telah melanggar hak cipta yang dipegang sepenuhnya Disney.

Mahkamah juga mengarahkan syarikat tersebut membayar 1.35 juta yuan (194,600 Dollar Amerika) kepada Disney membabitkan pampasan dan yuran guaman.

Syarikat tersebut juga dilapor telah membuka taman tema di Shanghai dengan kos 5.5 billion Dollar Amerika pada Jun.

Mahkamah turut berkata, The Autobots yang diterbitkan tahun lepas mengambil reka bentuk watak-watak utama dari siri Cars termasuk Lighting Mcqueen dan Francesco Bernoulli telah melanggar hak cipta Disney dan Pixar.

Filem animasi The Cars diterbitkan Pixar Animation Studios dan dikeluarkan Disney pada 2006 pernah memenangi Golden Globe Award bagi Filem Animasi Terbaik.

Nama China untuk Autobots mempunyai bunyi yang sama dan makna kepada tajuk The Cars yang dianggap membentuk “persaingan yang tidak adil” menurut sumber mahkamah.