DUNIA
Syarikat penerbangan EU pertama mulakan penerbangan ke Iraq selepas 35 tahun
Pihak berkuasa Iraq telah berjaya memenuhi keperluan teknikal dan keselamatan, selain menaik taraf infrastruktur lapangan terbang negara itu. - Aegean Airlines
BAGHDAD: Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad menerima ketibaan pesawat syarikat penerbangan Eropah yang pertama selepas terhenti selama 35 tahun, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Penerbangan Aegean Airlines, syarikat penerbangan nasional Greece dari Athens ke Baghdad menandakan kali pertama syarikat penerbangan Kesatuan Eropah (EU) beroperasi ke Baghdad dalam tempoh lebih tiga dekad, sekali gus menunjukkan kembalinya Iraq ke dalam peta penerbangan Eropah," menurut Kementerian Pengangkutan Iraq pada Selasa.
Kementerian Pengangkutan menjelaskan bahawa pihak berkuasa Iraq telah berjaya memenuhi keperluan teknikal dan keselamatan, selain menaik taraf infrastruktur lapangan terbang negara itu selaras dengan piawaian antarabangsa yang diguna pakai di lapangan terbang Eropah.
Syarikat penerbangan Greece itu akan melakukan dua penerbangan seminggu dari Baghdad ke Athens dan kembali ke ibu negara Iraq itu.
-- BERNAMA