DUNIA
Syarikat penerbangan Israel pindah pesawat ke luar negara elak risiko serangan
Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv ditutup sementara, dan pesawat termasuk pesawat rasmi Perdana Menteri Israel dipindahkan ke destinasi seperti Athens dan Larnaca. -AP
TEL AVIV: Beberapa syarikat penerbangan Israel -- termasuk El Al, Arkia dan Israir -- telah memindahkan pesawat mereka ke luar negara tanpa penumpang sebagai langkah berjaga-jaga susulan konflik berterusan dengan Iran.
Ringkasan AI
Langkah itu diambil selepas Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran, yang mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan balas.
Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv turut ditutup sehingga diberitahu kelak sebagai sebahagian daripada pelan kontingensi keselamatan.
Menurut laporan media antarabangsa, pesawat-pesawat tersebut telah diterbangkan ke destinasi sekutu seperti Athens dan Larnaca, Cyprus.
Antara pesawat yang dipindahkan termasuk “Wing of Zion”, pesawat rasmi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Jurucakap syarikat penerbangan El Al menyatakan bahawa pemindahan ini adalah sebahagian daripada pelan keselamatan yang telah dirangka sejak beberapa hari lalu, manakala Arkia enggan mendedahkan lokasi pemindahan atas faktor keselamatan.
Data penjejakan penerbangan menunjukkan beberapa pesawat meninggalkan Tel Aviv sejak pagi Jumaat, termasuk penerbangan ke beberapa lapangan terbang di Eropah.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Beberapa syarikat penerbangan Israel seperti El Al, Arkia dan Israir telah mengalihkan pesawat mereka ke luar negara tanpa penumpang sebagai langkah keselamatan susulan konflik dengan Iran.
- Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv ditutup sementara, dan pesawat termasuk pesawat rasmi Perdana Menteri Israel dipindahkan ke destinasi seperti Athens dan Larnaca.
- Langkah ini adalah sebahagian daripada pelan kontingensi keselamatan, dengan syarikat penerbangan enggan mendedahkan butiran penuh atas faktor keselamatan.
Langkah itu diambil selepas Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran, yang mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan balas.
Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv turut ditutup sehingga diberitahu kelak sebagai sebahagian daripada pelan kontingensi keselamatan.
Menurut laporan media antarabangsa, pesawat-pesawat tersebut telah diterbangkan ke destinasi sekutu seperti Athens dan Larnaca, Cyprus.
Antara pesawat yang dipindahkan termasuk “Wing of Zion”, pesawat rasmi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Jurucakap syarikat penerbangan El Al menyatakan bahawa pemindahan ini adalah sebahagian daripada pelan keselamatan yang telah dirangka sejak beberapa hari lalu, manakala Arkia enggan mendedahkan lokasi pemindahan atas faktor keselamatan.
Data penjejakan penerbangan menunjukkan beberapa pesawat meninggalkan Tel Aviv sejak pagi Jumaat, termasuk penerbangan ke beberapa lapangan terbang di Eropah.

#Konflik Iran-Israel
#syarikat penerbangan Israel
#El Al Arkia dan Israir
#pindah pesawat ke luar negara