awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan Malaysia digesa teroka laluan baharu di China - Duta Besar

Nazri Kahar
Nazri Kahar
30/05/2024
08:30 MYT
Syarikat penerbangan Malaysia digesa teroka laluan baharu di China - Duta Besar
Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad berkata, bandar sekunder di negara itu mempunyai pasaran yang besar kerana jumlah populasinya. - Gambar/ Bernama
BEIJING: Syarikat penerbangan Malaysia perlu memanfaatkan peluang dengan meluaskan perkhidmatan ke bandar sekunder di China, dan tidak hanya bertumpu di bandar raya besar seperti Beijing, Shanghai atau Shenzhen sahaja.
Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad berkata, bandar sekunder di negara itu mempunyai pasaran yang besar kerana jumlah populasinya.
"Setiap bandar sekunder di China mempunyai populasi besar sekitar lapan hingga 10 juta rakyat dan ia merupakan potensi pasaran yang besar dalam bidang pelancongan dan perniagaan, sekali gus meningkatkan mobiliti rakyat di kedua-dua negara," katanya di sini, hari ini.
Beliau antara lain mengesyorkan syarikat penerbangan Malaysia meneroka laluan baharu di bandar sedemikian, bagi memudahkan rakyat China pergi ke Malaysia melalui penerbangan terus, berbanding terpaksa transit di Beijing, Shanghai atau Guanzhou ketika ini.
"Kebanyakan pelancong dari China gemar mengunjungi Kota Kinabalu, Sabah; Pulau Pinang; Melaka; Kuala Lumpur dan Sarawak.
"Ini kerana kebanyakan tarikan di negeri berkenaan jarang didapati di China, terutama membabitkan aktiviti sukan perairan serta keunikan diketengahkan masyarakat setempat," katanya.
Topic Berkaitan
#China
#Syarikat penerbangan Malaysia
#penerbangan terus
#bandar sekunder
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan