DUNIA
Syarikat pos Eropah hadkan perkhidmatan bungkusan ke AS
Pihak Austrian Post berkata prosedur kastam telah diubah dan maklumat mengenai prosedur baharu itu masih tidak mencukupi. - REUTERS
VIENNA: Syarikat pos milik negara Austria hanya akan menerima penghantaran bungkusan ke Amerika Syarikat (AS) secara terhad susulan peraturan kastam baharu AS, lapor agensi berita Jerman dpa.
Mulai Selasa depan, tiada lagi penghantaran barangan akan diproses sehingga diberitahu kelak, menurut pengumuman Austrian Post pada Khamis.
Penyedia perkhidmatan pos di Belgium dan Scandinavia baru-baru ini turut mengumumkan langkah sama.
Menurut perintah eksekutif yang dikeluarkan Presiden AS Donald Trump, import bebas cukai bagi barangan bernilai kurang daripada AS$800 akan dimansuhkan mulai 29 Ogos.
Cukai import antara AS$80 hingga AS$200 akan dikenakan bagi setiap item.
Austrian Post berkata prosedur kastam telah diubah dan maklumat mengenai prosedur baharu itu masih tidak mencukupi.
"Pengetatan peraturan ini menimbulkan cabaran besar kepada semua syarikat pos di seluruh dunia dalam penghantaran barangan ke AS," katanya.
Pada masa hadapan, Austrian Post hanya akan menghantar bungkusan hadiah peribadi bernilai di bawah EUR100 (AS$116.45) dan penghantaran dokumen ke AS.
Bagi pelanggan korporat, satu-satunya pilihan yang tinggal ialah perkhidmatan ekspres yang lebih mahal dijalankan bersama DHL, yang sebahagiannya dimiliki kerajaan Jerman.
Pada Rabu, bpost Belgium, Posten Bring Norway, dan kumpulan Sweden-Denmark Postnord turut mengumumkan bahawa mereka akan menggantung sementara kebanyakan penghantaran ke AS.
Menurut syarikat terbabit, pengendali pos Eropah kini sedang mencari penyelesaian.
-- BERNAMA