TIADA mood untuk bekerja hari ini? Anda boleh mengambil cuti.
Demikian tindakan yang dilakukan oleh sebuah syarikat, China Dinosaurs Park apabila membenarkan pekerjanya mengambil cuti sekiranya tiada mood.
Bukan itu sahaja, syarikat taman tema itu turut memperuntukan sehari cuti bergaji setiap bulan khas untuk para pekerjanya, berehat di rumah.
Syarikat itu mengamalkan polisi sejak tiga tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan prestasi, emosi serta semangat para pekerja.
Ini kerana pekerjanya sentiasa berhadapan dengan pelbagai karenah pengunjung taman tema yang boleh mendatangkan rasa marah mahupun tertekan.
Wakil syarikat, Chen Qingcheng, berkata, pekerja yang berada dalam keadaan gembira, seronok, pasti akan mampu melayan pengunjung dengan lebih baik.
Selain itu, beberapa syarikat lain di China turut mengamalkan polisi 'cuti janji temu' untuk memberi peluang kepada pekerja masih bujang mencari pasangan hidup.
Ternyata polisi berkenaan mendapat perhatian netizen yang mencemburui kakitangan syarikat berkenaan dan dianggap bertuah memiliki majikan seumpama itu. - Daily Mail
Agensi
Tue Mar 05 2019

Syarikat itu mengamalkan polisi sejak tiga tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan prestasi, emosi serta semangat para pekerja. - Gambar fail

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Syarikat tawar cuti jika tiada mood bekerja
Syarikat taman tema itu turut memperuntukan sehari cuti bergaji setiap bulan khas untuk para pekerjanya, berehat di rumah.