DUNIA
Syarikat telekomunikasi Australia alami gangguan kedua, jejas panggilan kecemasan dalam 10 hari
Optus alami gangguan rangkaian kedua dalam 10 hari, menjejaskan panggilan kecemasan di NSW dan menyebabkan sembilan panggilan ke Triple Zero gagal. -Gambar fail/Reuters
SYDNEY: Syarikat telekomunikasi kedua terbesar Australia, Optus, pada Isnin melaporkan gangguan rangkaian kedua dalam tempoh 10 hari yang menjejaskan panggilan kecemasan, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Optus, anak syarikat milik penuh konglomerat Singapura, Singtel, memaklumkan gangguan itu menjejaskan panggilan telefon di negeri pantai timur New South Wales (NSW) antara 3 pagi hingga 12.20 tengah hari waktu tempatan pada Ahad.
Menurut Optus, sembilan panggilan ke talian kecemasan Australia, Triple Zero, gagal dilakukan sepanjang tempoh gangguan itu.
Pihaknya telah mengesahkan dengan polis bahawa semua pemanggil yang cuba menghubungi Triple Zero berada dalam keadaan selamat.
Dianggarkan 4,500 pelanggan terjejas akibat gangguan itu yang berpunca daripada masalah di sebuah menara telefon mudah alih.
Ini menandakan insiden kedua Optus dalam masa 10 hari yang menjejaskan panggilan kecemasan.
Gangguan sebelum ini pada 18 Sept menyebabkan kira-kira 600 panggilan ke Triple Zero gagal dan dikaitkan dengan empat kematian termasuk seorang bayi berusia lapan minggu.
Menteri Komunikasi Australia, Anika Wells, berkata Optus akan berdepan tindakan tegas susulan gangguan 18 Sept yang menjejaskan pelanggan di kawasan tengah dan barat negara itu.
Pada November 2024, Pihak Berkuasa Komunikasi dan Media Australia mengenakan denda sebanyak A$12 juta (kira-kira US$7.9 juta) ke atas Optus ekoran gangguan rangkaian seluruh negara pada November 2023, yang menyebabkan 2,145 orang gagal menghubungi Triple Zero.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Optus alami gangguan rangkaian kedua dalam 10 hari, menjejaskan panggilan kecemasan di NSW dan menyebabkan sembilan panggilan ke Triple Zero gagal.
- Gangguan berpunca daripada masalah menara mudah alih dan menjejaskan sekitar 4,500 pelanggan, namun semua pemanggil dilaporkan selamat.
- Optus berdepan tindakan tegas susulan insiden berulang, termasuk denda A$12 juta pada 2024 akibat gangguan rangkaian besar pada 2023.