awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syria dan Rusia benarkan penyiasat senjata kimia jalankan siasatan

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2018
05:01 MYT
Syria dan Rusia benarkan penyiasat senjata kimia jalankan siasatan
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menafikan dengan keras tuduhan yang dilemparkan. REUTERS
Syria dan Rusia akhirnya memberi kebenaran kepada pasukan penyiasat antarabangsa memasuki Douma di Timur Ghouta bagi mencari bukti dakwaan telah berlaku serangan senjata kimia.
Menurut laporan SANA, delegasi Pertubuhan bagi Mencegah Senjata Kimia (OCPW) telah memasuki kawasan itu pada Selasa bersama Menteri Kesihatan Syria, Dr Nizar Yazigi.
Delegasi berkenaan akan menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia ke atas orang awam di kawasan berkenaan awal bulan ini yang mengorbankan lebih 75 nyawa.
"Mereka akan mengambil sampel dan menemuramah mangsa, doktor dan mereka yang berada di sana sewaktu kejadian berlaku," lapor Al Jazeera.
Bagaimanapun, sebelum itu, Perancis telah memberi amaran dan mempersoalkan keputusan yang diberikan.
"Nampak jelas bahawa bukti dan bahan berkaitan telah dihilangkan dari tapak kejadian," kata Kementerian Luar Perancis dalam kenyataannya.
Mengulas mengenai dakwaan itu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menafikan dengan keras tuduhan yang dilemparkan.
"Saya memberi jaminan bahawa Rusia tidak menceroboh tapak kejadian," katanya kepada BBC dalam program Hardtalk.
Para penyiasat tiba di Damsyik pada Sabtu selepas Tentera Bersekutu melancarkan serangan peluru berpandu ke atas lokasi yang disyaki terlibat dengan serangan senjata kimia 7 April lalu.
Bagaimanapun mereka dihalang memasuki kawasan berkenaan atas faktor keselamatan.
Topic Berkaitan
#kesihatan
#mangsa
#Rusia
#senjata kimia
#serangan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan