DUNIA
Syria: Puak bersenjata berundur dari Suwayda selaras perjanjian gencatan senjata
Anggpta pejuang bersenjata menaiki trak pikap ketika mereka pulang dari wilayah selatan Suwayda ke Damsyik, Syria, pada Sabtu. - Gambar AP
SUWAYDA (Syria)/ISTANBUL: Wakil puak di wilayah selatan Syria, Suwayda pada Sabtu mengumumkan, mereka telah mengundurkan elemen bersenjata dari bandar itu selaras dengan perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Menerusi perbincangan bersama semua anggota suku dan puak di Suwayda, kami memutuskan untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata, mengutamakan pertimbangan rasional dan kawalan diri, serta memberi ruang kepada institusi sah negara untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan.
"Sehubungan itu, kami mengisytiharkan bahawa semua pejuang kami telah diundurkan dari bandar Suwayda," menurut kenyataan bersama mereka.
Wakil puak itu turut mengeluarkan amaran sekiranya berlaku pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata:
"Sekiranya mana-mana kumpulan haram melanggar perjanjian ini, suku dan puak Syria akan bertindak tegas," tambah kenyataan itu.
-- BERNAMA