DUNIA
Syria sambung semula penerbangan di Lapangan Terbang Aleppo pada Selasa
ihak berkuasa akan berusaha untuk membangunkan perkhidmatannya serta meningkatkan pengalaman perjalanan secara keseluruhan. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Syria memaklumkan pada Ahad bahawa ia akan menyambung semula operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo bermula Selasa ini, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami dengan sukacitanya mengumumkan penyambungan semula trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo bermula Selasa, 20 Jan 2026, selaras dengan jadual penerbangan yang telah diluluskan," kata Omar Hosari, Ketua Penguasa Am Penerbangan Awam dan Pengangkutan Udara Syria menerusi hantaran di laman X.
Beliau berkata fasa seterusnya akan menyaksikan "tumpuan berterusan terhadap lapangan terbang itu" dan menyatakan bahawa pihak berkuasa akan berusaha untuk membangunkan perkhidmatannya serta meningkatkan pengalaman perjalanan secara keseluruhan.
Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha untuk memulihkan trafik udara ke bandar itu kepada keadaan normal susulan ketegangan ketenteraan dengan Kumpulan YPG/SDF sebelum ini.
-- BERNAMA