INTERNATIONAL

Tabung bantu pelarian Syria jual pen tepi jalan kumpul RM71 ribu

Madiha Abdullah 28/08/2015 | 12:31 MYT
Gambar ini menunjukkan Abdul menjual pen di tepi jalan di Beirut untuk menyara dua anaknya. - Twitter
Beberapa hari lepas, sekeping gambar yang memaparkan seorang pelarian Syria menjual pen di tepi jalan di Beirut sambil mendukung anaknya viral di laman sosial.

Gambar tersebut dimuat naik seorang aktivis dari Norway, Gissur Simonarson. Dia kemudiannya membuat keputusan untuk membantu lelaki tersebut, apatah lagi selepas menerima gesaan daripada pengikutnya.

Simonarson melancarkan akaun Twitter #BuyPens (@Buy_Pens) dan dalam masa 30 minit, dia mendapat maklumat lokasi lelaki berkenaan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dan 24 jam kemudian, identiti lelaki itu dikenal pasti sebagai Abdul, manakala anaknya Reem, 4 tahun dan Abdelillah, 9.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Simonarson kemudiannya menubuhkan tabung untuk membantu keluarga Abdul. Tabung berkenaan berjaya mengumpul £11,000 (RM 71,230) hanya dalam masa tiga jam sahaja.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Difahamkan, Abdul merupakan pelarian Syria dari kem Yarmouk dan merupakan bapa tunggal.

##BuyPens #Abdul #Gissur Simonarson #kem pelarian #Syria #Twitter