awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
KPDN kaji sekatan kad kredit asing untuk pembelian RON95 bersubsidi
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap keselamatan di Bangladesh diperketatkan

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2013
03:45 MYT
Tahap keselamatan di Bangladesh diperketatkan
Tahap keselamatan di ibu negara Bangladesh diperketat dengan lebih ramai askar dan pasukan separa tentera. Langkah itu diambil selepas Parti Kebangsaan Bangladesh dan Parti Islam Jamaat E Islami melancarkan mogok tiga hari bagi mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan. Pada Isnin, penunjuk perasaan dikatakan membaling bom buatan sendiri, membakar kenderaan. Dalam keganasan yang berlaku, sekurang-kurangnya seorang dilaporkan maut selepas penunjuk perasaan bertempur dengan pihak berkuasa. Insiden yang sama minggu lalu meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa. Pilihan raya Bangladesh dijangka akan diadakan pada Januari depan. Ia menyaksikan pertembungan dua seteru politik, Sheikh Hasina dan pemimpin pembangkang Khaleda Zia, yang mendakwa kerajaan tidak layak mengendalikannya. Ia mendesak supaya pentadbiran sementara dibentuk daripada luar untuk memantau proses pilihan raya. Tuntutan itu diterima Hasina, tetapi menetapkan syarat ia diwakili parti kerajaan dan pembangkang.
Topic Berkaitan
#askar
#Bangladesh
#Parti Islam Jamaat E Islami
#Parti Kebangsaan Bangladesh
#pasukan tentera
#Sheikh Hasina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan