DUNIA
Taikun Malaysia Ong Beng Seng terlepas hukuman penjara di Singapura, didenda S$30,000
Mahkamah Negara Singapura mengambil keputusan itu ekoran keadaan kesihatan Ong yang merosot akibat kanser sum-sum tulang. - Foto Reuters
SINGAPURA: Taikun hartanah kelahiran Malaysia, Ong Beng Seng didenda S$30,000 atau kira-kira RM98,500 selepas didapati bersalah bersubahat menghalang proses keadilan dalam kes penyelewengan melibatkan bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran.
Mahkamah Negara Singapura mengambil keputusan untuk tidak mengenakan hukuman penjara terhadap taikun berumur 79 tahun itu ekoran keadaan kesihatan yang merosot akibat kanser sum-sum tulang.
"Oleh itu, saya bersetuju dengan pembelaan dan pendakwaan bahawa satu bentuk belas kasihan kehakiman adalah wajar, dan saya mengenakan denda S$30,000 dan bukannya penjara," katanya hakim Lee Lit Cheng sewaktu mengumumkan keputusannya.
Ong, yang sedang menjalani rawatan kemoterapi, sebelum ini berdepan hukuman penjara tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Hakim menambah, beliau akan mengenakan hukuman penjara tiga bulan terhadap Ong jika keadaan kesihatannya normal.
Ong mengaku bersalah pada 4 Ogos lalu atas pertuduhan membantu Iswaran membayar S$5,700 untuk tiket penerbangan dari Doha ke Singapura pada Disember 2022.
Kes melibatkan Iswaran sebelum ini menarik perhatian selepas dia menjadi menteri pertama yang dipenjarakan dalam sejarah Singapura.
Iswaran mengaku bersalah atas empat pertuduhan menerima barang berharga sebagai penjawat awam dan satu pertuduhan menghalang proses keadilan.
Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan bermula 3 Oktober 2024.