awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taipei laksana latihan kecemasan besar-besaran hadapi ancaman pencerobohan China

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2025
00:30 MYT
Taipei laksana latihan kecemasan besar-besaran hadapi ancaman pencerobohan China
Pasukan kecemasan dan sukarelawan menjalankan latihan pemindahan di pasar, sekolah, stesen kereta api bawah tanah dan lebuh raya. - Foto X/@mna_roc
TAIPEI: Bandar raya Taipei hari ini menjadi sunyi sepi apabila siren serangan udara berbunyi dan penduduk diarahkan berlindung dalam latihan pertahanan awam terbesar yang pernah diadakan, sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pencerobohan oleh China.

Ringkasan AI
  • Taipei melaksanakan latihan pertahanan awam melibatkan penutupan kedai, sekatan trafik, dan pemindahan penduduk sebagai persediaan menghadapi kemungkinan serangan China.
  • Urban Resilience Exercise dijalankan bersama latihan Han Kuang melibatkan 22,000 tentera serta simulasi serangan darat, laut dan udara, termasuk insiden korban besar.
  • Latihan ini mencerminkan peningkatan ketegangan Taiwan-China, namun tinjauan menunjukkan majoriti rakyat Taiwan tidak menjangka pencerobohan dalam masa terdekat.

Latihan ini merupakan sebahagian daripada Urban Resilience Exercise, yang dijalankan serentak dengan latihan ketenteraan tahunan Han Kuang melibatkan lebih 22,000 anggota tentera dalam simulasi serangan darat, laut dan udara.
Penduduk di kawasan tertentu diwajibkan masuk ke dalam bangunan, manakala semua kedai dan restoran menghentikan operasi buat sementara waktu.
Trafik jalan raya turut dihentikan, dengan pemandu diminta keluar dari kenderaan dan mencari perlindungan.
Pasukan kecemasan dan sukarelawan menjalankan latihan pemindahan di pasar, sekolah, stesen kereta api bawah tanah dan lebuh raya.
Mereka juga melaksanakan simulasi insiden korban besar dan mendirikan pusat pengagihan bekalan kecemasan.
Latihan ini diadakan di tengah-tengah ketegangan yang meningkat antara Taiwan dan China, yang mendakwa pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk “penyatuan semula”.
Presiden Taiwan, William Lai, yang dianggap “pemisah” oleh Beijing, telah memperkukuh pertahanan negara sejak dilantik tahun lalu.
Walaupun pegawai Amerika Syarikat memberi amaran tentang ancaman pencerobohan menjelang 2027, tinjauan oleh Institut Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Nasional Taiwan mendapati lebih 60 peratus rakyat Taiwan tidak percaya China akan menyerang dalam tempoh lima tahun akan datang.
Topic Berkaitan
#serangan udara
#latihan pertahanan awam
#siren amaran
#Urban Resilience Exercise
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan