DUNIA
Taiwan akan haramkan aplikasi RedNote China selama setahun - Laporan
RedNote gagal memenuhi keperluan keselamatan maklumat Taiwan, kata Biro Siasatan Jenayah Taiwan, sambil merujuk kepada 1,706 kes penipuan berkaitan platform itu yang direkodkan dalam tempoh dua tahun lalu. - Foto Amanz
BEIJING: Taiwan akan mengenakan larangan selama setahun ke atas aplikasi media sosial China RedNote, yang turut dikenali dengan nama Xiaohongshu, susulan kegagalan keselamatan berulang dan insiden penipuan, lapor saluran berita CNA pada Khamis memetik Biro Siasatan Jenayah pulau itu, menurut Sputnik/RIA Novosti.
"Perintah akan dikeluarkan untuk menggantung dan menyekat akses internet kepada aplikasi Xiaohongshu untuk tempoh satu setahun," menurut biro itu dalam satu kenyataan yang dipetik CNA.
Aplikasi itu gagal memenuhi keperluan keselamatan maklumat Taiwan, kata biro berkenaan, sambil merujuk kepada 1,706 kes penipuan berkaitan platform itu yang direkodkan dalam tempoh dua tahun lalu.
Tiada tarikh muktamad dinyatakan, namun seorang pegawai berkata larangan itu boleh berkuat kuasa dalam beberapa hari.
Langkah-langkah selanjutnya akan bergantung kepada sama ada syarikat China berkenaan bertindak dengan iktikad baik, mematuhi peraturan tempatan dan memastikan keselamatan pengguna, tambah biro itu.
Pada Rabu, Kementerian Hal Ehwal Digital Taiwan menyenaraikan RedNote, Weibo, WeChat, Baidu Netdisk dan Douyin, versi China bagi TikTok, sebagai aplikasi berisiko tinggi susulan kebimbangan terhadap pengumpulan data, akses peranti dan pemindahan data rentas sempadan. Rakyat diberi amaran supaya tidak menggunakannya.
-- BERNAMA