awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taiwan longgarkan protokol kawalan COVID-19 untuk pelayaran antarabangsa

Bernama
Bernama
04/03/2023
08:48 MYT
Taiwan longgarkan protokol kawalan COVID-19 untuk pelayaran antarabangsa
Taiwan melonggarkan lagi protokol kawalan COVID-19 untuk pelayaran antarabangsa dalam usaha negara ini meningkatkan sektor pelancongan. - Gambar fail
TAIPEI: Taiwan melonggarkan lagi protokol kawalan COVID-19 untuk pelayaran antarabangsa dalam usaha negara ini meningkatkan sektor pelancongan, umum Biro Maritim dan Pelabuhan pada Sabtu.
Di bawah peraturan baharu yang berkuat kuasa serta-merta itu, Taiwan tidak lagi mewajibkan penumpang untuk mengemukakan keputusan negatif ujian saringan COVID-19 yang diambil pada hari ketibaan di Taiwan atau hari sebelumnya, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
Sebaliknya, penumpang hanya perlu melakukan ujian saringan COVID-19 jika mereka menunjukkan simptom dan menjalani kuarantin di atas kapal jika keputusannya positif, menurut biro itu.
Bagi penumpang yang menjalani program pencegahan kendiri iaitu mereka yang memasuki Taiwan dalam tempoh tujuh hari sebelum menaiki kapal pesiar, masih perlu mengemukakan keputusan negatif ujian COVID-19 dalam tempoh 48 jam semasa menaiki kapal.
Tetapi mereka tidak perlu menjalani ujian saringan di atas kapal setiap dua hari seperti sebelum ini, dan hanya perlu melakukan ujian saringan jika mempunyai simptom.
Anak kapal yang menjalani kuarantin kendiri turut dibenarkan bekerja di atas kapal persiaran jika mereka boleh menunjukkan keputusan negatif.
Larangan itu diperkenalkan pada 6 Feb 2020, selepas seorang wanita Taiwan yang menaiki kapal persiaran Diamond Princess disahkan sebagai seorang daripada 10 penumpang yang dijangkiti COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taiwan
#longgarkan protokol kawalan COVID-19
#pelayaran antarabangsa
#sektor pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan