Tak Bai digegarkan letupan bom, berbalas tembakan

Sinar Harian
Mei 25, 2022 16:22 MYT
Pekan Tak Bai dalam Wilayah Narathiwat digegarkan dengan beberapa siri letupan bom selain kedengaran kejadian berbalas tembakan pada malam Rabu. - Sinar Harian
KOTA BHARU: Pekan Tak Bai dalam Wilayah Narathiwat digegarkan dengan beberapa siri letupan bom selain kedengaran kejadian berbalas tembakan pada malam Rabu.
Kejadian kira-kira jam 10 malam tadi itu turut didengari dari arah Pengkalan Kubor, Tumpat yang terletak seberang dengan Pekan Tak Bai.
Beberapa video yang dirakam oleh orang awam tular di Facebook menunjukkan api marak selain beberapa lelaki melepaskan tembakan.
Setakat ini tiada maklumat lanjut diterima berhubung kejadian tersebut.
Sementara itu, sumber pasukan keselamatan Thailand mengesahkan kejadian tembakan dan bom di Pekan Tak Bai.
“Operasi pasukan keselamatan masih berjalan buat masa ini (11 malam waktu Malaysia),” ujarnya semasa dihubungi.
Artikel asal di Sinar Harian
#tak bai #Narathiwat #letupan bom #tembakan #Pengkalan Kubor #Tumpat