SINGAPURA: Pelanggan yang mengunjungi pusat penjaja, kedai kopi dan medan selera yang gagal memulangkan semula dulang dan pinggan ke tempat yang disediakan selepas makan, akan berdepan tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat bermula 1 Jun.
Amaran yang diumumkan oleh Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura pada Selasa (18 April) itu mahu rakyat dan pengunjung tempat makan awam di republik itu agar lebih bertanggungjawab, lapor Channel NewsAsia.
Pada masa ini, pegawai-pegawai penguat kuasa dari NEA dan Agensi Makanan Singapura (SFA) hanya akan mengingatkan pelanggan yang terlupa membersihkan meja mereka.
Mereka yang tidak mengikut peraturan dan merupakan pesalah kali pertama akan diberikan amaran bertulis. Bagi kesalahan kali kedua, mereka akan dikenakan denda sebanyak S$300 (RM995), sementara bagi kesalahan berulang akan berdepan denda di mahkamah.
Peraturan itu sudah berkuat kuasa sejak 1 September 2021 bagi pust penjaja dan 1 Januari 2022 bagi kedai kopi dan medan selera.
Begitupun pada Selasa, NEA berkata bahawa bermula 1 Jun, pelanggan yang melanggar peraturan di semua tempat makan awam akan terus diminta menyerahkan butiran diri masing-masing.
Pesalah kali pertama akan terus dikenakan amaran, dan bukan lagi dinasihati, sementara pesalah berulang akan dikenakan denda atau didakwa di mahkamah.
NEA dan SFA kini meningkatkan penguatkuasaan "untuk memastikan tabiat baik diamalkan, dan bertindak ke atas pelanggan minoriti yang kerap gagal membersihkan dulang dan pinggan mangkuk mereka".
Langkah itu untuk memastikan amalan baik oleh 90 peratus pelanggan tempat makan yang patuh memulangkan dulang dan peralatan makan, tidak tercemar dengan kelakuan kurang prihatin oleh golongan minoriti, kata NEA.
Agensi-agensi itu berkata, mereka bagaimanapun akan meneruskan pendekatan pragmatik dan akan mengelakkan tindakan penguatkuasaan ke atas golongan kurang upaya, warga tua yang uzur dan kanak-kanak yang secara jelas tidak mampu membersihkan meja mereka.
Astro Awani
Wed Apr 19 2023
Bermula 1 Jun, pelanggan yang melanggar peraturan di semua tempat makan awam akan diminta menyerahkan butiran diri masing-masing. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.