awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak sampai sebulan, budak 2 tahun kembali ketagih rokok

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2018
10:15 MYT
Tak sampai sebulan, budak 2 tahun kembali ketagih rokok
Seorang kanak-kanak lelaki dari Sukabumi, Indonesia baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana ketagihan rokok yang melampau di usia muda. -Gambar hiasan
SEORANG kanak-kanak lelaki dari Sukabumi, Indonesia baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana ketagihan rokok yang melampau di usia muda.
Dia dikatakan menghisap sebanyak 40 batang rokok sehari dan dilaporkan sudah berhenti mengambil nikotin itu setelah dikunjungi doktor dan pegawai kerajaan susulan kisahnya mendapat liputan meluas.
Kanak-kanak itu, Rapi Ananda Pamungkas, diberikan beberapa kotak biskut dan susu formula dengan bekalan itu boleh menampung sehingga tahun depan, khusus buatnya.
Kanak-kanak itu turut diberikan permainan bagi memastikan masanya diisi dan cuba mencari sukan yang boleh disertainya.
Namun, tidak sampai sebulan selepas kunjungan itu, Rapi dikatakan masih tidak dapat menghilangkan ketagihan tersebut.
Menerusi video terbaharu, dia masih lagi menghisap rokok.
"Pegawai jabatan kesihatan beritahu ia tak patut diteruskan tapi bagaimana saya mahu ubah apa yang disukainya?
"Semasa saya bekerja, dia berjalan sendiri dan menemui puntung rokok di atas jalan," ujar ibunya.
Rapi sebelum ini dalaporkan mengalami ketagihan rokok dan berupaya menghisap sehingga satu kotak dalam sehari.
Malah, dia dikatakan akan menangis dan mengamuk jika tidak diberikan rokok oleh ibu-bapanya.
Menurut amaran doktor, Rapi berkemungkinan menghadapi kerosakan otak jika perbuatan tersebut tidak dihentikan serta-merta.
Professor Colin Mendelsohn dari Sydney, Australia berkata, kajian jelas menunjukkan nikotin berupaya merosakkan perkembangan otak.
Lebih teruk, kerosakan itu akan kekal dan boleh memberi kesan terhadap fungsi kognitif individu terlibat. - Metro.UK
Topic Berkaitan
#budak hisap rokok
#Colin Mendelsohn
#Indonesia
#Kanak-kanak
#ketagihan rokok
#kotak biskut
#nikotin
#Rapi Ananda Pamungkas
#susu formula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan