Tak sangka lagu 'nyamuk' buat Meghan Markle menangis!

Agensi
Oktober 26, 2018 07:32 MYT
Meghan ketika melawat lokasi inisiatif Queen's Commonwealth Canopy di Tonga pada 26 Oktober lalu. - Foto Reuters/Phil Noble
Kehadiran Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle disambut dengan 'lagu nyamuk' oleh sekempulan pelajar dari Kolej Lelaki Tupou di sini gara-gara risau pasangan Diraja berkenaan akan diganggu dengan gigitan serangga itu.
Sekumpulan pelajar telah menyanyikan lagu genre komedi itu dengan aksi dan bunyi seperti nyamuk bagi menghalang nyamuk dari berada di sekitar kawasan itu.
Pada awalnya, Duke dan Duchess of Sussex itu dijadualkan berjalan merentasi hutan Tuloa tetapi mereka amat risau kerana Tonga merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kes virus pembunuh Zika yang boleh memudaratkan wanita hamil.
Demi keselamatan Meghan yang sedang hamil 14 minggu, hanya Putera Harry sahaja yang melakukannya.
Pasangan itu berada di sana bagi mendedikasikan dua saluran sekolah hutan hujan melalui inisiatif 'Queen's Commonwealth Canopy', satu inisiatif bertujuan memelihara hutan adat bagi generasi akan datang.
"Saya dan isteri saya sangat gembira berada di sini hari ini untuk menandakan dua kawasan hutan untuk inisiatif projek 'Queen's Commonwealth Canopy' yang bermula pada tahun 2015 ... sebagai penghormatan untuk perkhidmatan hayat nenek saya kepada Komanwel," kata Prince Harry dalam ucapannya.
Mereka tiba di sekolah yang merupakan sekolah menengah tertua di Pasifik yang diasaskan oleh para mubaligh, bersama Puteri Angelika dari Keluarga Diraja Tonga.
#Duchess of Sussex #Duke of Sussex #hamil #hutan #kesihatan #Meghan Markle #Pasifik #Projek Kanopi Komanwel Queen #Putera Harry #Puteri Angelika #Tonga #Zika