awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, Taliban bakal adakan perbincangan di Doha

Bernama
Bernama
09/10/2021
04:28 MYT
AS, Taliban bakal adakan perbincangan di Doha
Pertemuan di Doha itu bakal menjadi mesyuarat yang pertama antara AS dan Taliban sejak pengunduran AS dari Afghanistan sejak Ogos lepas. - Gambar fail/AP
WASHINGTON: Delegasi Amerika Syarikat (AS) dijangka berlepas ke Doha, Qatar, pada hujung minggu untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan Taliban, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Jabatan Negara pada Jumaat.
"Pertemuan itu adalah kesinambungan daripada hubungan pragmatik dengan Taliban membabitkan isu-isu yang menjadi kepentingan negara AS. Ia bukan mengenai pemberian pengiktirafan atau legitimasi," kata jurucakap Jabatan Negara kepada wartawan.
Jurucakap itu berkata antara agenda utama pertemuan adalah mencari jalan untuk keluar secara selamat dari Afghanistan untuk AS dan warga asing lain serta rakyat Afghanistan yang mahu meninggalkan negara berkenaan.
Pertemuan itu juga akan membincangkan mengenai komitmen Taliban untuk tidak membenarkan pengganas menjadikan negara Afghanistan bagi mengancam keselamatan AS atau sekutunya.
Agenda lain termasuk mengenai hak wanita dan remaja, membentuk kerajaan yang inklusif, dan membenarkan agensi kemanusiaan masuk ke kawasan yang memerlukan bantuan.
Menurut laporan media, delegasi AS terdiri pegawai dari Agensi Perisikan, Jabatan Negara dan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.
Pertemuan itu bakal menjadi mesyuarat yang pertama antara AS dan Taliban sejak pengunduran AS dari Afghanistan sejak Ogos lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taliban
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#Doha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan