awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taliban setuju beri bantuan segera kepada yang memerlukan - PBB

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2021
02:00 MYT
Taliban setuju beri bantuan segera kepada yang memerlukan - PBB
Mullah Abdul Ghani Baradar (tengah) kelihatan menghadiri satu sidang media di Moscow, Rusia, 18 Mac, 2021. - Gambar fail REUTERS
TALIBAN bersetuju menyusun pasukan untuk segera memberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan di kawasan terpencil di Aghanistan.
Persetujuan tersebut diberikan Timbalan Perdana Menteri Sementara Mullah Abdul Ghani Baradar.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Rendah untuk Penyelarasan Bantuan Kecemasan Dan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Martin Griffiths pada Selasa.
"Mereka memerlukan kebebasan dalam membuat penilaian, penyampaian dan pemantauan bantuan. Kami perlu jaminan keselamatan pekerja kemanusiaan negara dan antarabangsa, serta keluarga mereka.
"Mereka perlu kebebasan untuk mengupah sesiapa sahaja yang diperlukan tanpa campur tangan. Perlu jaminan yang fasiliti kemanusiaan tidak akan diduduki atau digunakan untuk tujuan ketenteraan.
"Dan bahawa, kakitangan kami akan mempunyai akses untuk sampai kepada mereka yang memerlukan, di mana sahaja mereka berada," katanya pada satu taklimat media.
Menurutnya, Abdul Ghani yang mewakili Taliban juga memberi jaminan berhubung pelbagai perkara mendesak lain yang perlu mereka lakukan, dalam pertemuan dengannya sebelum ini.
Pertemuan berlangsung di Doha, Qatar, pada hujung minggu lalu, sebelum Abdul Ghani dilantik menyertai kabinet dalam pembentukan kerajaan Taliban.
Antara lain, Taliban turut berjanji untuk memperbaiki rekodnya dalam mengiktiraf hak asasi wanita.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#bantuan kemanusiaan
#Martin Griffiths
#Abdul Ghani Baradar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan