Taman Negara UNESCO di Argentina terbakar

Bernama
Januari 29, 2024 12:52 MYT
Kebakaran yang masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya itu telah menjejaskan ribuan ekar kawasan. - X @ukigoni
MOSCOW: Kebakaran pada Khamis lepas di Taman Negara Los Alerces Argentina, Tapak Warisan Dunia UNESCO dan kawasan sekitarnya, memusnahkan lebih 1,000 hektar kawasan (2,471 ekar), lapor Sputnik, memetik seorang pegawai taman itu pada Isnin.
Ketua Jabatan Kecemasan taman itu, Mario Cardenas, berkata kebakaran yang masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya itu telah menjejaskan ribuan ekar kawasan.
Lebih 250 anggota bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan cemara Patagonian terbesar di Argentina atau Fitzroya, antara spesies pokok paling lama hidup di planet ini.

Los Alerces National Park is on #fire in #Argentina. The fire has already destroyed 577 hectares of #forest. How are you going to ##survive in such conditions in the #world?#FilmfareAwards2024 #ceasefireNowPermanently pic.twitter.com/ybSXn0Pihm

— (@Svetlan31623421) January 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Usaha itu dihalang oleh angin kencang dan suhu tinggi di kawasan berkenaan.
Taman Negara Los Alerces yang terletak di selatan Argentina dibuka pada 1937 untuk melindungi landskap semula jadi tempatan dan disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2017.
Cypress Patagonian ialah konifer gergasi yang berasal dari Chile dan Argentina. Sesetengah pokok di taman itu berusia beberapa ribu tahun dan tumbuh melebihi 50 meter (164 kaki) tinggi.
-- BERNAMA
#Taman Negara #Argentina #kebakaran #Unesco #les alerces