DUNIA
AS tamatkan semua perbincangan perdagangan dengan Kanada berhubung cukai digital - Trump
Trump menyifatkan tindakan Kanada sebagai serangan langsung terhadap AS dan menuduh mereka meniru pendekatan Kesatuan Eropah. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) menamatkan perbincangan perdagangan dengan Kanada berhubung cukai perkhidmatan digital negara itu ke atas syarikat teknologi, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat menamatkan semua perbincangan perdagangan dengan Kanada serta-merta selepas Kanada mengenakan cukai perkhidmatan digital ke atas syarikat teknologi AS.
- Presiden Donald Trump menyatakan bahawa kadar tarif baharu akan dimaklumkan kepada Kanada dalam tempoh tujuh hari.
- Trump menyifatkan tindakan Kanada sebagai serangan langsung terhadap AS dan menuduh mereka meniru pendekatan Kesatuan Eropah. Jika anda perlukan versi untuk siaran berita atau media sosial, saya boleh bantu sediakan.
"Berdasarkan cukai yang keterlaluan ini, kami dengan ini menamatkan semua perbincangan perdagangan dengan Kanada, berkuat kuasa serta-merta.
"Kami akan memaklumkan kepada Kanada kadar tarif yang perlu mereka bayar untuk menjalankan perniagaan dengan Amerika Syarikat dalam tempoh tujuh hari akan datang," kata Trump di Truth Social.
Trump berkata AS dimaklumkan bahawa Kanada mengenakan cukai perkhidmatan digital ke atas syarikat teknologi Amerika, yang disifatkannya sebagai "serangan langsung dan terang-terangan ke atas negara kita."
"Mereka jelas meniru Kesatuan Eropah, yang telah melakukan perkara sama dan sedang dalam perbincangan dengan kami juga," tambahnya.
-- BERNAMA