DUNIA
Tanah jerlus Singapura: Lubang besar gemparkan pengguna jalan raya, seorang digegas ke hospital
Insiden di Tanjong Katong Road South itu menyebabkan sebuah kenderaan terjerumus ke dalam lubang besar yang dipenuhi air. - Media sosial
SINGAPURA: Pengguna jalan raya di Singapura pada Sabtu dikejutkan dengan kejadian tanah jerlus yang mengakibatkan terbentuknya sebuah lubang besar.
Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang di Tanjong Katong Road itu menyebabkan sebuah kenderaan terjerumus ke dalam lubang yang dipenuhi air.
Pihak Lembaga Perbekalan Awam (PUB) republik itu berkata, lubang benam itu terjadi bertentangan dengan sebuah tapak projek pembinaan, di persimpangan Tanjong Katong Road South dan Mountbatten Road.
“Sebuah kenderaan terperangkap di dalam lubang benam tersebut. Pasukan Pertahanan Awam telah menyelamatkan seorang pemandu wanita dan mangsa telah digegaskan ke Hospital Raffles.
"Trafik di kedua-dua arah jalan raya itu terjejas dan ditutup. Pengguna jalan raya dinasihat supaya mengelakkan kawasan berkenaan dan menggunakan laluan alternatif. Dua paip air utama turut terjejas dalam kejadian itu,” menurut satu kenyataan daripada PUB.
Beberapa gambar dan petikan video turut membanjiri laman media sosial republik itu, yang antara lain menunjukkan sebuah kenderaan yang hampir keseluruhannya tenggelam di dalam air, serta struktur jalan raya yang runtuh.
Visual juga menunjukkan kawasan berkenaan ditutup dengan kon penghadang, sementara aliran trafik yang sesak di arah jalan yang bertentangan.
Ahli Parlimen Marine Parade-Braddell Heights Goh Pei Ming, menerusi akaun Facebook rasminya memberitahu, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) dan PUB sedang menjalankan siasatan.
Kejadian tanah jerlus atau lubang benam pernah menggemparkan beberapa kota besar di Asia, antaranya di Filipina dan Thailand pada tahun 2016; di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Ogos 2024; dan di Seoul, Korea Selatan pada Mac 2025.
Antara punca kejadian seumpamanya adalah faktor-faktor seperti keadaan geologi, infrastruktur bawah tanah, hujan lebat dan hakisan, serta aktiviti pembangunan.